Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

Herba naikkan aroma masakan

at Selasa, 25 Jun 2013 [ 6:50 PTG ]

Herba dan rempah yang biasa digunakan di dapur sememangnya mempunyai banyak khasiat. Kunyit, halia, bawang putih, jintan putih, lada hitam dan kulit kayu manis antara bahan yang tinggi khasiatnya.

Selain menaikkan aroma dan menambah rasa dalam masakan, ia juga mengandungi antioksida yang baik untuk kesihatan.

Menurut tukang masak selebriti terkenal, Chef Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam, bahan antioksida dalam sesetengah herba dan rempah boleh membantu melambat­kan proses penuaan.

“Ramai yang tidak sedar khasiatnya walaupun selalu menggunakannya dalam masakan. Jika diteliti, beberapa bahan dalam masakan seperti kunyit, halia dan bawang putih sebenarnya mengandungi bahan antioksida. Ia baik untuk membantu mengurangkan risiko mendapat sakit jantung, barah, kencing manis dan pe­nyakit kronik lain. Justeru, saya banyak menggunakan herba dan rempah ratus dalam masakan supaya lebih sihat dan enak,” katanya.

Jumlah antioksida pada kunyit sama dengan strawberi, raspberi dan ceri. Jintan putih pula me­ngandungi bahan organik cuminaldehyde untuk membantu mengaktif­kan kelenjar air liur bagi melancarkan proses penghadaman.

Antara hidangan yang disediakannya menggunakan bahan rempah dan herba yang mengandungi antioksida tinggi adalah kerutuk ayam, nasi beriani dan kambing tandoori. Sesuai dinikmati menjelang Ramadan dan Syawal ini, hidangan kerutuk ayam tampak berlainan sedikit daripada biasa berbanding sajian rendang ketika me­nyambut bulan mulia itu.

Kerutuk ayam adalah hidangan pantai timur. Ia diadun menggunakan bahan herba dan rempah McCormick seperti jintan putih, serbuk ketumbar, kayu manis, halia, serbuk lada dan bawang putih.

“Caranya sama seperti membuat rendang. Bezanya, ia lebih mudah disediakan kerana menggunakan bahan sedia ada, namun memberikan rasa lebih enak. Tidak perlu bersusah payah mengupas bawah putih serta halia kerana ia lebih mudah dengan penggunaan serbuk rempah dan herba bagi mempercepatkan aktiviti memasak,” katanya.

Selain ayam kerutuk, Chef Zam turut ­menunjukkan cara mudah membuat nasi beriani kerana ramai yang me­nganggap ia sukar disediakan. Untuk resipi nasi beriani, dia menggunakan susu cair bagi memberikan kilatan dan rasa manis pada nasi. Bagi menambah warna pada nasi beriani, gunakan safron atau kunyit yang dimasukkan apabila nasi sudah kering.

Apapun, jangan mengacau nasi yang kering bagi me­ngelakkan teksturnya hancur.

“Tambah menarik apabila nasi beriani ditambah dengan kambing tandoori yang menjadikan rasa­nya lebih enak. Mudah saja membuat daging atau ayam tandoori. Ia hanya perlu diperap selama dua jam sebelum dimasak dengan bahan seperti jus lemon, garam, jintan putih, serbuk ketumbar, lada dan kunyit. Kemudian, tambah yogurt dan biarkan diperap bagi membangkitkan rasa masam pada daging tandoori. Daging tandoori yang siap dimasak perlu dimasukkan ke dalam nasi beriani yang sudah kering,” katanya.

Untuk memasak semua bahan di atas, rempah atau herba jenis serbuk perlu dibancuh dengan sedikit mi­nyak supaya ia tidak lembap dan cepat garing ketika menumis. Sementara itu, terdapat 11 rempah dan herba yang dihasilkan McCormick seperti kunyit, halia, rosemary, kulit kayu manis, jintan putih, bawang putih, lada hitam, serbuk cili dan oregano.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.
Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.