Memaparkan artikel dengan label Perhubungan

Ibu bapa halang hasrat berkahwin

Saya sudah bertunang selama dua tahun. Tunang mengajak saya berkahwin kerana khuatir terjerumus ke dalam maksiat kerana kami selalu berjumpa dan ia dibenarkan oleh bapa saya sendiri. Masalahnya sekarang perkara itu ditentang oleh ibu dan bapa saya kerana bagi mereka saya masih muda dan harus fokus pada pelajaran. Mereka juga suka mendengar nasihat orang lain dalam masalah ini.

Syarat untuk saya berkahwin adalah perlu menghabiskan pengajian ijazah terlebih dahulu dan mengikut kata mereka supaya menjadi guru. Untuk pengetahuan Dr, saya baru berusia 22 tahun dan berada di semester akhir pengajian diploma. Ini bermakna saya dan tunang perlu menunggu untuk tiga tahun lagi sebelum kami boleh bernikah.

Saya dan tunang ada merancang untuk menggunakan khidmat wali enggan (wali hakim) kerana ini adalah kali keempat hasrat kami ditentang. Kami memaklumkan kepada ibu bapa sebab ingin bernikah, namun mereka masih tidak dapat menerimanya.

Saya faham ibu dan bapa risau masa depan saya, namun melihat kesungguhan tunang dan apa yang dia korbankan untuk saya seperti membayar yuran semester, memberi duit untuk makan dan kos membeli keperluan belajar, saya berasakan dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Dulu, saya amat sosial, selalu ke kelab malam, minum minuman haram. Namun, selepas dia merubah saya, Alhamdulillah saya menjadi Muslimah yang bertudung dan berpakaian labuh.  Ibu bapa saya amat suka dengan perubahan saya. Namun, mengapa mereka masih ingin mendengar cakap orang lain dan tidak memahami hasrat kami?

Adakah saya wajar untuk menggunakan khidmat wali enggan dalam hal ini? Kami hanya mahukan cara yang baik, namun semuanya ditentang oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Runsing,
Selangor

Setiap masalah ada penyelesaiannya dalam Islam. Begitu juga dengan kes anda di atas berikutan keengganan ibu bapa membenarkan anda berdua melangsungkan perkahwinan walaupun sudah lama bertunang dan menyatakan hasrat untuk berkahwin segera.

Saya juga berasakan pelik dengan tabiat ibu bapa sedemikian apabila masih lagi menghalang perkahwinan anda sedangkan semua keperluan diuruskan tunang. Pada hal semua keperluan anda di bawah tanggungjawab ibu bapa.

Dengan sebab itu, saya berpandangan anda berdua boleh mengemukakan permohonan untuk berkahwin melalui perpindahan wali dari wali nasab kepada wali raja di mahkamah syariah tempat anda tinggal.
Asasnya ialah keengganan wali nasab memberi persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi. Mahkamah akan menyiasat terlebih dahulu perkara ini dan akan memberi persetujuan apabila ia sudah berpuas hati.

Bagaimanapun, lebih baik perkara ini diselesaikan secara musyawarah (berbincang) sesama keluarga.

Dengan itu tiada pihak akan berkecil hati atau sebagainya dengan tindakan anda nanti. Lagipun penyelesaian sesama sendiri menjimatkan kos dan masa.

Saya berasakan perkahwinan anda tidak boleh ditangguhkan lagi dan banyakkan berdoa semoga ibu bapa anda terbuka hati untuk meneruskan akad pernikahan secepat mungkin.

| | Read More »

Cinta Itu Hak Ilahi

cintailahiAssalamualaikum wbt. Saya bukanlah penulis tegar,saya hanyalah manusia biasa yang masih mencari lampu yang terang di atas muka bumi ini. Saya juga bukanlah pencerita, cukuplah sekadar disini saya ingin memuitiskan bibit jatuhnya hati seorang mujahadah terhadap sang mujahid dalam bumi Allah ini. Nama diberi ana, seorang yang periang, tegas dalam kata-kata dan seorang yang sukakan dunia teknologi. Alunan muzik dari Liyana Jasmay , Cinta Bersatu bermain di gegendang telinga menaikkan semangat lagi untuk saya menulis coretan ini.

Ceritanya bermula sekitar September 2011, dek semua pelajar berebut mahu digelar mahasiswa atau mahasiswi hati terasa hambar bila kali pertama menjejakkan kaki ke IPTA di Shah Alam. Hati bergelora tidak mahu menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda, atas desakan keluarga yang mahu saya menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Akhirnya saya akui juga. Pasrah dengan keadaan yang sedia ada, saya memulakan hidup saya di universiti awam dalam bidang teknologi maklumat. Seminggu selepas semua pelajar baru memulakan sesi, kami(pelajar baru) diarahkan oleh ahli Seketariat Mahasiswa Fakulti (SMF) untuk menjalankan sesi perkenalan atau lebih dikenali sebagai Program Pemantapan Wawasan. Program itu dijalankan selama dua hari, penat entah kepalang kami dibuatnya. Tetapi, peristiwa yang paling saya tidak akan lupakan adalah ketika saya mahu mengambil makanan bersama rakan baik saya, Anis.

“Aik makanan habis ke bang?”, tanya saya kepada salah seorang SMF disitu.
“Haah la awak habis. Maaf banyak-banyak”, balas SMF tersebut dalam nada yang sangat berbudi bahasa.
“Takkan tak kira berapa student yang hadir kot?”, tanya saya dalam nada yang kurang berbudi.
“Maaf awak saya gurau saja, ada lagi la”, jawab SMF tersebut sambil tersenyum.

Untuk pertama kali dalam hari yang membosankan itu, saya tersenyum dan malu-malu sehingga kawan saya pun tegur senyum kambing saya itu.

Selepas tamat program saya menjalankan hidup seperti biasa, pergi ke kelas, balik ke kelas, makan, tidur dan itulah lazimnya yang saya lakukan seharian. Tetapi bayangan lelaki yang bergurau dengan saya semasa program tersebut masih segar dalam ingatan. Teringin juga meminta maaf dengan lelaki SMF itu angkara berkasar dengannya tempoh hari hal makanan sahaja. Tapi sebabkan malu dan ego saya biarkan sahaja peristiwa itu dilekatkan dalam ingatan dan masa berlalu detik demi detik sehinggalah suatu hari.

Allah itu Maha kuasa, sebulan selepas Program Pemantapan Wawasan, semasa itu saya ingat lagi di dalam kafe fakulti, saya ingin mencari tempat duduk untuk makan.

“Awak!”. Terdengar suara seorang lelaki memanggil. Saya terus menoleh. Dan rupanya lelaki SMF itu yang memanggil sambil tersenyum. Saya terkejut dan kaget melihat dirinya. Saya membalas senyuman si dia dan cepat-cepat saya mencari kerusi untuk duduk dan saya membelakangi si dia kerana saya tidak mahu berjumpa dengan si dia kalau boleh. Malu teramat sangat sebenarnya angkara peristiwa tempoh hari.

Pulang dari kafe, saya terbayangkan wajahnya. Rasa mahu berjumpa dengan dirinya tetapi apakan daya, mungkin siapalah saya untuk dihiraukan. Di bilik kolej saya, saya log in ke akaun mukabuku saya, dan saya terlihat ada satu “friend request”. Oh dia rupanya!

Hati gembira bukan kepalang mahu melompat-lompat sahaja rasa, tambahan lagi bila si dia memulaikan konversasi kami di inbox mukabuku. Kami berbalas-balas idea dan pendapat serta saya tanyakan sedikit hal ehwal fakulti hal ini kerana si dia juga merupakan seorang leader dalam sebuah kelab dalam fakulti. Dan yang paling saya kagumi, si dia mampu memberikan nasihat-nasihat yang berguna ala ustaz gitu.

Hari demi hari kami berkawan, dari chatting di mukabuku kami saling bertukar-tukar nombor telefon. Dan sehinggalah lingkungan akhir Februari 2012 ketika itu cuti semester pertama saya sebagai seorang pelajar sarjana muda. Cuti semester kali ini memberikan 1001 makna dalam hidup saya, terbuka hati saya ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT dan saya bertekad untuk kelihatan lebih sopan dan mantap dari segi agama asasnya.Apalah yang mahu dikejar dalam dunia ini selain ibadah yang dilakukan hari-hari. Hati merintih memohon pada Allah supaya dipandang olehNya manusia seperti saya yang sering tidak bersyukur dengan apa yang diberikan selama ini. Ujub, takbur dan riak menjadi pegangan hidup hari-hari. Tudung dilabuhkan, stokin tangan dan kaki disarungkan, baju dilonggarkan potongannya dan Alhamdullilah hati ini tenang hanya Allah sahaja tahu. Tidak berturban, tidak berpakaian menarik perhatian (warna-warni), tidak jua berpakaian seperti bertelanjang kerana dunia ini hanyalah semantara, tidak perlu mencari perhatian mata manusia, tetapi Allah. Itulah yang saya pegang sehingga kini.

Saya semakin asyik mendengar ceramah-ceramah agama di youtube dan melayari laman sesawang yang menulis perihal agama untuk lebih mendalami ilmu Allah ini. Dan dalam banyak-banyak ceramah yang didengar, saya amat tertarik dengan bab “kahwin awal”. Betapa besar sungguh pahala seorang wanita yang hanya perlu mentaati suaminya. Dan dalam video tersebut ada juga diceritakan bahawa pahala dapat dikumpul dengan berkahwin diusia muda. Tatkala saya semasa itu pula menggila ingin “topup” pahala, saya amat teruja mendengarnya! Dan atas sebab itu juga, saya bertekad untuk berkahwin awal, dan mencari seorang lelaki yang mampu memimpin saya ke jalan yang lebih baik. Bidadari syurga menjadi pilihan, itulah azam saya ketika itu!

Tatkala semua pelajar sarjana muda sibuk menunggu masa untuk kembali ke semester baru, saya telah dilantik menjadi seorang SMF 2012/2013 bagi fakulti, tetapi dikirakan si dia sudahpun menjadi mantan SMF pada ketika itu. Saya terpaksa datang ke fakulti saya kembali di Shah Alam, untuk majlis lantikan dan angkat ikrar. Saya teringatkan yang si dia juga merupakan SMF semasa Program Pemantapan Wawasan dulu lalu saya terus menghantar SMS kepada si dia. SMS tidak berbalas tetapi tiba-tiba si dia muncul dihadapan meja tempat saya makan selepas majlis selesai.

“Awak nampak lain la hari ni”, ujar si dia.
“Cantik eh?”, jawab saya bergurau.

Si dia hanya mengangguk tanda setuju. Saya pula tersipu-sipu malu dibuatnya. Si dia duduk dan keadaannya seperti cacing kepanasan sahaja.

“Awak kenapa?”, tanya saya.

Dia diam dan tunduk. Dan cuba memulakan bicaranya.

“Awak sudi tak kalau awak jadi isteri untuk saya, ibu untuk anak-anak saya?”, tanya si dia dengan muka merah.

Saya terkejut dengan lamaran si dia dan berkata.

“Saya setuju”, jawab saya tersenyum malu.

Ramai rakan-rakan saya yang terkejut mendengar perkhabaran saya akan bertunang dengan si dia pada hari raya nanti. Ramai yang berkata saya tidak rasional menerima si dia dalam masa yang singkat. Dari kami berkenalan sehinggalah kini, kami amat menjaga batas kami sebagai pasangan tunang. Tunang bukan alasan untuk kita berdua-duaan, bermesra-mesraan dan sebagainya. Alhamdullilah menerima si dia adalah kerana ketulusan seorang lelaki yang betul-betul mencari seorang isteri. Nampak di sinar matanya dia bersungguh mencari seorang isteri dan bukanlah seorang “awek” yang dipimpin kesana kemari.

Sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi pasangan tunang, saya memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa kerana kadangkala perangai dan sikap saya yang agak melampaui. Tetapi saya jua masih belajar dan proses pertunangan ini merupakan satu titik permulaan saya untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Selalu mendengar nasihat si dia dan sentiasa menyokong dengan apa yang si dia lakukan. Ya Allah , ya tuhanku betapa bersyukurnya saya kerana mengurnai hamba seorang lelaki yang soleh dan tabah. Kini terbuktinya setiap apa yang dilakukan itu ada hikmahnya jua.

Tahukah kau wahai bakal suamiku,
Allah sangat itu sangat mencintai diri ini dengan mengurniai kamu disisi?
Disini aku sedang belajar untuk menjadi dewasa dan siap untuk mendampingimu kelak.
Walaupun resah dan putus asa kadangkala menguasai diri tetapi kau singkap semuanya dengan kelembutanmu dan nasihatmu. Kadangkala jua aku tertanya kenapa Allah selalu menguji aku tepat pada hati ini? Kini ku tahu jawapannya.
Allah jua tahu dimana tempat paling tepat agar aku sentiasa mengingatiNya dan sekaligus kembali mencintaiNya.
Ujian demi ujian, dugaan demi dugaan membuatkan aku lebih teguh dan kuat, yang akan membuatkan kau pasti bangga memilikiku suatu hari kelak.
Aku yakin Allah juga mencintaimu sebagaimana Dia mencintai diriku, aku yakin Allah sedang melatih dirimu menjadi seorang mujahid yang teguh dan kuat yang pasti akan membuatkan aku jua merasa bangga memilikimu suatu hari nanti insyaallah :)

| | Read More »

Peluk Tanda Penghargaan

SUDAHKAH anda berdakapan dengan pasangan anda hari ini? Dalam sehari berapa kali sebenarnya anda berdakapan dengan pasangan? Atau langsung tidak pernah. Memberikan dakapan kepada pasangan sama ada secara spontan atau berbentuk penghargaan sebenarnya memberikan satu sentuhan fizikal yang paling rapat di antara anda berdua.

Pakar terapi kekeluargaan, Virginia Satir dalam artikel yang ditulis oleh Parveen Chopra berkata, setiap pasangan memerlukan sekurang-kurangnya empat dakapan sehari untuk meneruskan kelangsungan hidup, lapan dakapan sehari untuk memperbaiki rasa kejiwaan dalam diri dan 12 dakapan sehari untuk cinta terus mekar.

"Dua belas dakapan sehari?" Mungkin itu terlalu banyak tetapi sebenarnya amalan untuk memeluk pasangan bukanlah sesuatu yang sukar - semudah memakai tali pinggang keledar, tidak sampai pun lima saat.

Anda hanya perlu lingkarkan tangan kepada tubuh pasangan anda, erat dan mesra dan rasailah perbezaan perasaan ketika anda berdua sedang berdakapan. Bukanlah satu yang keterlaluan sekiranya anda mengamalkan tatacara berdakapan dengan pasangan. Cuma lakukan dengan tertib, jangan pula keterlaluan ketika di khalayak awam.

Mungkin boleh lakukannya pada waktu pagi sebelum anda berpisah ke tempat kerja, ketika bertemu pada waktu makan tengah hari, pada minum petang, sebelum makan malam atau selepas makan malam (menyatakan keterujaan anda memakan makanan hasil masakan isteri anda).

Anda juga boleh berdakapan seketika ketika sedang membasuh pinggan bersama-sama. Mungkin ketika menonton rancangan kegemaran anda berdua, sebelum waktu tidur dan ketika waktu pagi apabila bangun dari tidur.

Mungkin ada yang mengatakan ini sudah keterlaluan. Pasangan tidak akan berdakapan terlalu banyak dalam sehari seperti mana pasangan pengantin yang baru berkahwin. Malah mungkin ada yang menggambarkan perbuatan itu akan menjadi satu rutin yang memenatkan. Kita mungkin setuju dengan pandangan ini, jadi kita kurangkan jumlah dakapan.

Seorang doktor dari United Kingdom, Dr. Miriam Stoppard berkata, rahsia kebahagiaan rumah tangga adalah sekiranya anda mendakap pasangan sekurang-kurangnya empat kali sehari. Sebenarnya, berapa kali pun anda mendakap pasangan, dakapan sebenarnya merupakan satu penawar bagi mengubati hubungan suami isteri yang sedang 'sakit', menjadi penggalak kepada jiwa untuk meneruskan hubungan cinta antara suami dan isteri.

Pakar sains telah menggariskan, sejak berabad lalu sentuhan menerusi dakapan mengundang kepada kepercayaan dan kejujuran individu. Apabila anda mendakap pasangan secara tidak langsung anda sebenarnya sedang melakukan komunikasi tanpa suara sambil menyalurkan perasaan kepada si dia.

Antara perasaan yang anda ingin sampaikan - dialah insan yang paling penting dalam hidupnya, dialah insan yang paling istimewa dan sebagainya. Dakapan boleh mengembalikan pemikiran pasangan ke arah yang positif, mengurangkan stres, menstabilkan tekanan dan rasa kurang keyakinan.

Lagipun perbuatan ini percuma dan mudah dilakukan. Namun, jangan disalahertikan dakapan sebagai dorongan untuk melakukan seks. Sebagai contoh, jangan anda merasakan, kemahuan isteri anda untuk minta dipeluk atau didakap sebagai satu dorongan permintaan seks.

Golongan ini sebenarnya memerlukan dakapan di saat mereka merasakan kesedihan dan rasa tidak selamat dan perlukan jaminan anda sebagai seorang suami. Perasaan cinta sebenarnya tidak diukur sebanyak mana anda menyentuh pasangan anda, tetapi berapa kali anda cuba merapatkan diri anda dengan pasangan.

| | Read More »

Malu Dengan Orang Yang Disukai

"Jika kamu mencintai seseorang, jangan pernah malu untuk menyatakannya. Rasa malu akan lebih baik daripada penyesalan seumur hidup".

Pepatah cinta di atas memberikan sebuah nasehat kepada kita untuk berani menyatakan cinta. Tidak ada yang salah dengan jatuh cinta. Yang menjadi salah adalah apabila membiarkan cinta berlalu begitu saja tanpa kita sentuh.

Jika sudah begitu tepatlah pepatah cinta lain yang menyatakan bahawa cinta bukan sekadar sumber kebahagiaan, tapi juga sumber kesedihan. Cinta memang sukar ditafsirkan secara hakiki kerana pandangan seseorang terhadap perasaan berbeza-beza.

Laki-laki lebih mudah dan lebih berani menyatakan cinta daripada perempuan. Kerana laki-laki lebih siap menerima penolakan ataupun penerimaan dari perempuan. Lain halnya dengan perempuan yang cenderung pling plang, banyak pemikiran, dan menilai seseorang terlalu detail.

Perempuan tentu akan lebih berhati-hati dalam mengungkapkan perasaannya. Kerana hati perempuan lebih mudah hancur menerima penolakan dan akan terpendam lebih lama.

Apakah yang menyebabkan seseorang malu menyatakan perasaannya kepada orang yang disukai? Hal-hal berikut ini boleh jadi jawapannya.


• Malu kerana rendah diri
Perempuan pintar, kaya, baik mungkin saja jadi primadona bagi banyak laki-laki. Begitu juga dengan laki-laki kaya, kacak dan baik. Semua kelebihan yang hampir diinginkan oleh semua pasangan ada pada diri mereka.

Tidak heran banyak perempuan atau laki-laki yang merasa rendah diri untuk mendekati orang yang disukainya. Padahal tidak semua perempuan atau laki-laki yang mempunyai banyak kelebihan itu juga menginginkan pasangan yang setaraf dengannya.

Raihlah hatinya dengan menjalin hubungan baik. Jadilah diri sendiri dengan bersikap terbuka. Dengan begitu kita akan tahu jenis pasangan yang bagaimana yang dapat mengisi hatinya.

• Cinta yang lama terpendam akan tenggelam selamanya
Terkadang kita merasa selesa dekat dengan orang yang suka. Rasa takut kehilangan saat-saat bersama membuat kita terkadang menyembunyikan perasaan cinta yang mulai tumbuh.

Itulah sebabnya sebahagian perempuan lebih memilih memendam perasaannya sehinggalah orang yang disukainya merasakan perhatian yang dia berikan. Namun sikap seperti ini justru boleh menjadi bumerang, terutama jika orang yang kita cintai ternyata mencintai orang lain.

Mungkin orang yang kita cintai juga mempunyai perasaan yang sama hanya saja pendedahan rasa belum diutarakan. Hingga pada nantinya sebuah penyesalan akan menyelimuti perasaan pada diri sendiri.

• Takut sakit hati
Sebahagian besar perempuan beranggapan menyimpan perasaannya rapat-rapat akan lebih selamat daripada menyatakan perasaannya secara jujur ​​tapi langsung merasakan sakit hati.

Padahal dengan malu mengungkap perasaan, perempuan akan lebih merasakan sakit yang mendalam ketika di kemudian hari semua harapannya hancur. Misalnya orang yang disukai ternyata sudah punya kekasih.

| | Read More »

Kenapa Wanita LEBIH SUKA Suami Orang

Pada kali ini saya ingin berkongsi pendapat tentang kenapa wanita kini lebih suka kepada suami orang. Saya tidak kata semua tetapi segelintir. Berapa pun jumlah mereka itu tidak penting tetapi yang paling penting ialah "Kenapa?, Mengapa?".

Walaupun pihak lelaki memiliki kuota yang secukupnya untuk mengawini wanita sebanyak 4 orang tetapi perlu memenuhi segala keperluan sebelum layak mendapatkannya.

Mungkin ramai wanita berkata "Aku tidak akan tertarik kepada suami orang" atau "Buat apa suami orang, orang bujang kan ada". Betulkan? Tetapi hakikatnya ada segilintir wanita yang lebih menyukai seseorang yang sudah berumahtangga dan mempunyai isteri. Kenapa?

Disini ada beberapa sebab mengapa wanita lebih menyukai suami orang berbanding lelaki bujang. Setelah beberapa sebab yang banyak dan melalui beberapa "tapisan", hanya 10 sebab yang utama dipilih dan relevan tentang sebab wanita memilih suami orang.

Lebih Matang

Lelaki yang sudah berkahwin dan sudah melalui cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan sememangnya memiliki pengalaman dan pengajaran yang berguna untuk memikat hati gadis-gadis "perawan". Tidak ada perangai keanak-anakan, membuat keputusan melulu, merancang kehidupan dan banyak lagi membuat para gadis tertutup hati untuk mencari lelaki bujang. Dek kerana kematangannya, wanita lupa tentang status lelaki tersebut dan berpendirian status tidak membawa apa-apa makna dalam percintaan.

Berkerjaya

Kebanyakkan lelaki yang berstatus suami orang memiliki kerjaya yang stabil dan tetap berbanding lelaki bujang yang masih tercari-cari kerjaya yang mampu menjamin masa hadapan. Tidak kira apapun kerjaya lelaki tersebut, mereka telah memahami keperluan memiliki kerjaya untuk menyara keluarga. Sebab inilah juga membuatkan wanita berasa diri akan terjamin "dijamin" pada masa akan datang walaupun mereka sendiri sudah memiliki kerjaya.

Lebih romantis

Mungkin lelaki yang romantis tidak menjadi pilihan utama tetapi hakikatnya mereka ini lebih pandai bermain kata-kata untuk menyakinkan wanita memilihnya. Susunan kata-kata yang sering digunakan kepada isterinya boleh digunakan sebaiknya untuk membuatkan wanita terpaut dek kerana kata-katanya.

Lebih bertanggungjawab

Lelaki yang sudah berumahtangga juga mempunyai sifat lebih bertanggungjawab kerana pengalamannya dan kemampuannya berfikir tentang kehidupan alam percintaan dan perkahwinan melebihi lelaki bujang. Sifat semulajadi yang terbentuk melalui perkahwina terdahulu mampu membuatkan mereka ini lebih digemari oleh wanita. Setiap tindakan yang dibuat mempunyai sebab-sebab tertentu yang "masuk akal" bagi fikiran wanita.

Lebih memahami

Tentunya suami orang lebih memahami keperluan wanita dan perasaannya. Masakan tidak kerana mereka telah mendalami wanita serapat mungkin di bilik tidur. Segala hal-hal berkenaan wanita pasti "dikuasai" oleh mereka. Wanita mempunyai sifat yang sama dan apabila mereka berjaya "mematahkan" sifat tersirat kelembutan wanita, maka layulah wanita kepada mereka.

Bijak mengambil hati

Mereka lebih memahami dan mereka lebih mengetahui sifat wanita. Pandai menangani sifat merajuk, keanak-anakan, marah, sedih, ego dan sebagainya membuat lelaki yang bergelar suami orang mampu melembutkan hati wanita untuk menerimanya.

Lebih menghormati wanita

Wanita ingin dirinya sentiasa dipuji, dihargai dan dibelai dengan kasih sayang dan bukannya sentuhan berahi jika hati belum benar-benar "diserahkan" kepada lelaki. Mereka tidak akan akan teragak-agak menolak suami orang yang tidak pandai menghormati mereka apatah lagi dengan permintaan keterlaluan yang pastinya membuatkan hatinya tertutup. Suami orang pandai bermain masa dan sanggup menunggu lebih lama untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Berasa Selesa

Sebab utama yang membuatkan wanita terpaut kepada suami orang adalah kerana berasa selesa dengan lelaki itu. Sebagai tempat meluahkan perasaan, merungkai persoalan, mendapatkan pendapat bernas, komunikasi berkualiti, pendorong hidup, kemesraan bertempat dan lain-lain mampu membuatkan wanita berasa selesa berkawan dengan suami orang.

Lebih Stabil

Lelaki yang "mahu" menambahkan cawangannya pasti mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh kerana selain daripada perbelanjaan rumahtangga bersama isteri, mereka juga mampu mengeluarkan modal untuk memikat wanita lain. Jika setiap kali keluar wanita itu yang akan mengeluarkan duit, pastinya lelaki itu bukan pilihan utamanya mengisi kekosongan hatinya. Suami orang yang lebih stabil dari segi kewangannya dilihat mempunyai potensi memiliki lebih daripada 1 bidadari dunianya.

Lebih hebat diranjang

Perkara yang terakhir adalah sebab yang subjektif. Sama ada wanita telah mendahului langkah memperolehinya atau sekadar imaginasi tidurnya, tanggapan positif mengesahkan bahawa anggapan wanita terhadap perkara ini adalah tepat. Selain daripada berpengalaman mereka pandai menggunakan pelbagai cara untuk memuaskan hati wanita kecuali mereka "mati pucuk".

Walau apapun sebabnya kebanyakkan wanita tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain dan jika itu berlaku kepada isteri pertama, tidak mustahil isteri kedua akan mendapat "skandal" yang baru untuk menjadi isteri ketiga lelaki tersebut. Dunia umpama roda yang berputar.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.