Memaparkan artikel dengan label Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung menjadi pemberi maklumat kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Ini berikutan pendedahan mengenai program pemantauan Amerika Syarikat menerusi internet oleh Edward Snowden, bekas kontraktor agensi Perisikan Kebangsaan (NSA) Amerika.

Dia terkandas di sebuah lapangan terbang Moscow kerana mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Amerika.

Bulan lalu, dia membocorkan maklumat mengenai aktiviti agensi risikan Amerika itu yang memperoleh maklumat daripada laman web popular termasuk Facebook. Rakan-rakan sekalian, batalkan akaun Facebook anda, anda bekerja secara percuma sebagai pemberi maklumat CIA.

Kaji semula kes Snowden! tulis Menteri Penjara, Iris Varela melalui akaun Twitter beliau. Venezuela menawarkan perlindungan untuk Snowden tetapi warga Amerika itu tidak memberi sebarang maklum balas dan tidak dapat meninggalkan zon transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Dia mendedahkan sebuah program sulit dikenali sebagai Prism yang menerima data pelanggan yang dibekalkan oleh syarikat teknologi utama.

REUTERS

| | Read More »

Penyokong Morsi Diserang Peluru Hidup Menjelang Subuh

Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban. Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.
"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah. Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.
Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi. Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.
Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.
Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.
Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka. Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

 

| | Read More »

Jenayah Morsi sehingga digulingkan

Morsi terlalu bagus. Beliau adalah Presiden Mesir Pertama yang dipilih oleh rakyat Mesir melalui pilihanraya. Beliau dikatakan pemimpin yang paling berkaliber dan layak memimpin Mesir dan mengeluarkan Mesir dari kongkongan Iluminati, Freemason dan pelbagai lagi pertubuhan yang ingin menghancurkan Islam. Namun disebalik semua pembohonagan itu ketahuilah bahawa Beliau bukannlah seperti yang kita tahu. Semua yang dikatakan JENAYAH ini hanya sarkastik sahaja.
Di antara JENAYAH Morsi bagi golongan liberal, sekular, syiah dan yang seangkatan dengannya:
1-Mengangkat harga diri Mesir di hadapan dunia Arab dan Islam
2-Menyokong perjuangan umat di Palestin, Syria dan Rohingya
3-Konsisten solat berjamaah bersama rakyat di mesjid, menghafal al Qur'an, bertahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
4-Menarik investor luar negara dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
5-mengembangkan tenaga nuklir dan tenaga matahari sebagai energi alternatif di Mesir.
6-Mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia.
7-Dan terlalu banyak kesalahannya sehingga dia mesti digulingkan segera..... baca lebih terperinci dibawah.
Mengapa kalangan liberal sangat getol berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembacabersamadakwah mengirimkan tulisan menarik tentang JENAYAH Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Bisa jadi, opini yang dikirim melalui fanpage ini benar adanya. Bahwa ‘JENAYAH’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi digoyang dan digulingkan. Berikut tulisan lengkapnya:
  • mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah swasembada pangan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh diproduksi dalam negeri sebanyak 20 % paling banyak, sekarang sudah melampai 60 %. Dulu harus mengimport dari Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Kondisi ini mampu menghemat belanja negara sampai milyaran dollar pertahun sekaligus meningkatkan perekonomian petani.
  • mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan uang sebanyak 5.6 milyar dollar pertahun, akan meningkat 100 milyar dollar pertahun.
  • menaikkan gaji PNS dan pensiunan sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang bisa dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
  • membangun pabrik samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
  • membuat pabrik mobil sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimpor mobil.
  • membuat pabrik senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimpor senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
  • membuat pabrik innar (sejenis tablet/ipad), sehingga seluruh rakyat nanti bisa mencicipi enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga terjangkau. Anak-anak sekolah bisa belajar pakai alat canggih.
  • mampu mempertahankan, bahkan menambah cadangan devisa Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebangkrutan.
  • JENAYAH Mursi terbesar adalah dia selalu shalat berjamaah di mesjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
  • mendukung perjuangan Palestina, Suriah dan Myanmar.
  • tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari rongrongan kekuasaan militer dalam 40 hari, di mana Erdogan butuh bertahun-tahun untuk melakukan itu.
  • meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diperhitungkan.
  • berusaha mengembangkan tenaga nuklir dan tenaga matahari sebagai energi alternatif di Mesir.
  • menarik investor luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
  • membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.
  • mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
  • mengembalikan harta yang dibawa kabur ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan antek-anteknya.
  • menegakkan peradilan yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.
Dan banyak lagi JENAYAH yang tidak bisa kita sebutkan satu persatu yang membikin lawan politik, terutama Amerika dan Israel jadi meradang.
Karena JENAYAH itulah maka wajar Mursi digulingkan oleh sisa-sisa antek Mubarak, liberas, sekuler, komunis, dan Kristen Koptik serta muslim ambigu. Mereka memandang Mursi sudah gagal mengantarkan Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logika yang ada dalam kehidupan sekarang.

| | Read More »

Dr Mohamed Mursi?

MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.
Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

| | Read More »

Kesan sekatan penjualan tembakau

SEKUMPULAN petani tekun menyemai biji-biji benih tembakau di kawasan berbatu yang terletak di utara Tebing Barat, Palestin.

Daripada riak wajah masing-masing, terpancar harapan agar tanaman yang diusahakan mampu membuahkan hasil, sekali gus menjamin kelangsungan hidup di wilayah yang diperjuangkan selama ini. Bermula daripada proses menanam, mengering dan menggulung, industri tembakau dilihat berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Palestin.

Bagaimanapun, tekanan terhadap industri itu semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Ia berpunca daripada undang-undang rasmi Pihak Berkuasa Palestin (PA) terhadap industri tembakau dan sebahagian besar kegiatan ekonomi luar bandar bertujuan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.

Tidak hairanlah, sejak beberapa bulan lalu PA mula bertindak tegas terhadap golongan petani. Sesiapa yang menghasil dan menjual rokok gulung akan dihukum termasuk berdepan dengan tuduhan menyeludup atau ditangkap.

PA sebelum ini berpendapat, pelaksanaan ekonomi moden memerlukan penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh.

Bagaimanapun, tindakan itu dikritik kerana langkah menghapuskan perdagangan pasaran gelap merupakan antara contoh kegagalan PA dalam melaksanakan polisi yang mampu menjamin peluang pekerjaan dan menarik keluar penduduk Palestin daripada belenggu kemiskinan.

"Semua penduduk di sini mempunyai pekerjaan," kata seorang petani, Mohammed Amarnih, 65, sambil memberitahu, penanaman tembakau telah menurunkan kadar pengangguran di kampung-kampung ke paras sifar."Pihak pemerintah tidak memberi kami alternatif lain, sebab itu perdagangan tembakau melalui pasaran gelap merupakan satu-satunya cara kami meneruskan kehidupan seperti biasa," ujarnya.

DAUN tembakau yang dikeringkan akan diproses untuk menghasilkan rokok.

Bekas Perdana Menteri, Salam Fayyad yang meletak jawatan bulan ini turut berdepan tugas getir untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan pengangguran yang mencecah kira-kira 25 peratus di negara yang diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau bagaimanapun terpaksa meletakkan jawatan selepas gagal melaksanakan manifestonya untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Bantuan kewangan

Kini, wilayah itu diperintah kerajaan baharu. Ketika pertemuan dengan media baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Mohamad Mustafa yang bertanggungjawab terhadap hubungan kewangan di Palestin memberitahu bahawa cabaran 'getir' sedang menantinya.

"Kami sedang mengkaji polisi ekonomi kerajaan sebelum ini bagi meningkatkan kehidupan dan mengurangkan beban rakyat," katanya.

Tambah Mustafa, PA yang menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat di bawah perjanjian damai sementara dengan Israel, mempunyai pendapatan tambahan melalui bantuan wang daripada negara-negara penyumbang di samping pungutan cukai. Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa lebih 70 peratus pendapatan wilayah itu datang dari sumber yang tidak dikawal sama ada dari negara-negara luar atau di pintu sempadannya melalui hasil-hasil cukai yang dikutip oleh rejim Zionis bagi pihaknya.

Pentadbiran beliau juga turut berhadapan dengan tindakan pihak rejim yang sengaja menghentikan pembayaran setiap kali berlakunya pertikaian dengan kerajaan Palestin. Selama bertahun-tahun PA berusaha membina institusi politik dan ekonomi sebagai persediaan menjadi sebuah negara Palestin yang merdeka.

Bagaimanapun, ia terhalang disebabkan pelbagai sekatan yang dikenakan rejim Zionis sama ada di udara, darat dan laut termasuk menyekat pergerakan penduduk dan perdagangan antarabangsa. Selain itu, ia juga berdepan dengan bil-bil utiliti di kem-kem pelarian, di samping duti kastam yang tidak dituntut di sempadan yang dikuasai, sekali gus menyebabkan pemerintah terpaksa menanggung hutang sehingga AS$4.2 bilion (RM13.4 bilion).

Jumlah itu menyamai kira-kira 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan bajet tahunan yang mencecah AS$3.8 bilion (RM12 bilion).

WALAUPUN diserang bertubi-tubi oleh Zionis yang mengakibatkan mereka kehilangan tempat tinggal, namun rakyat Palestin tidak pernah mengalah.

Tidak jauh dari perkampungan Ya'abad, Nouredeen Atatra, 22, dan beberapa petani tembakau lain berdiri di belakang traktor buatan sendiri yang digunakan untuk menggali tanah bagi mengairi kawasan pertanian di situ. Sesekali mereka menunduk, sambil menggembur baja asli di tapak semaian anak benih.

Rampasan tanah

"Saya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang sains politik tetapi terpaksa menanam tembakau kerana tiada pekerjaan," kata Atatra.

Jelas Atatra, keluarganya telah mengusahakan tanah pertanian di situ selama beberapa generasi.

"Kami tidak malu menjadi petani di sini. Bagaimanapun, jika kerajaan tidak membenarkan kami menanam tembakau, kami bimbang tanah-tanah kami akan dirampas untuk membina penempatan pendatang Yahudi," ujarnya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh PA baru-baru ini tembakau mesti dijual mengikut saluran yang sah. Para petani mendakwa, PA cuba menyekat penjualan tembakau yang mereka usahakan biarpun kepada syarikat yang sah kerana mahu syarikat-syarikat itu mengimport tembakau, sekali gus meningkatkan perolehan cukai import.

Bagaimanapun, situasi ekonomi semasa menyebabkan kebanyakan syarikat terpaksa membeli tembakau tempatan yang jauh lebih murah. Menurut statistik yang dikeluarkan kira-kira satu pertiga golongan dewasa di Palestin merokok dan ramai berpendapat, harga AS$7 (RM22) untuk sekotak rokok berjenama antarabangsa seperti Marlboro terlalu mahal.

Ketika ini, mereka boleh membeli rokok pada harga AS$1.10 (RM3.50) sekotak yang dikeluarkan di Ya'abad dan perkampungan sekitarnya. Penganalisis berkata, pemerintah perlu berusaha lebih bagi mengurangkan tekanan kewangan yang dialami penduduk Palestin.

"Ya, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal perdagangan dan polisi kewangan. Bagaimanapun, mereka mempunyai kuasa dalam polisi fiskal, seperti pihak-pihak yang dikenakan cukai. Polisi sedia ada gagal melindungi kepentingan penduduk sehingga menyebabkan ketidaksamaan pendapatan meningkat," kata penganalisis ekonomi, Nasser Abdul Kareem.

Sambil duduk bersantai dan menggulung rokok di tangan, seorang petani cuba melahirkan ketidakpuasan yang terbuku di hatinya.

"Mereka terlalu bergantung kepada bantuan asing sampai terlupa kemampuan diri sendiri," kata Abu Ayman sambil menyedut dalam asap rokoknya.

PENANAM tembakau di Palestin kini tertekan dengan pelbagai sekatan yang dikenakan PA.

"Apa yang kamu boleh harapkan daripada perjanjian Oslo?" tanya seorang petani lain yang merujuk kepada perjanjian keamanan yang ditandatangani dengan Israel sekitar 1990-an.

Rata-rata penduduk Palestin menyalahkan kelemahan perjanjian itu yang merencatkan pertumbuhan ekonomi mereka selama ini.

Jerusalem Cigarette Co. (JCC), sebuah firma perdagangan awam yang beroperasi di luar zon perindustrian di timur Baitulmuqaddis dan merupakan peneraju utama sektor tembakau di Palestin turut berdepan tekanan disebabkan cukai tinggi dikenakan terhadap penjualan rokok sehingga AS$2.60 (RM8.30) bagi setiap kotak, hampir menyamai dua pertiga kos operasinya. Bagaimanapun, penduduk-penduduk kampung yang membekalkan ratusan tan tembakau kepada JCC setiap tahun mendakwa, syarikat tersebut kini kurang membeli daripada separuh jumlah tembakau tempatan yang dituai disebabkan kerajaan menggalakkan mereka untuk mengimport tembakau.

Keadaan itu menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjualnya melalui pasaran gelap.

"Tiada Ahli Parlimen yang mahu mewakili suara kami dan Perdana Menteri juga telah memuktamadkan polisi yang ada," kata Saleh Jamel, ketua majlis Kampung Zabdeh yang bertanggungjawab mengkoordinasi polisi pertanian tempatan dengan pemerintah.

Tambah Jamal, penduduk tidak akan mampu bersabar lagi sekiranya terus menerima tekanan.

"Sekiranya pemerintah tidak menyelesaikannya, golongan muda akan hilang sabar dan adalah tidak menghairankan fenomena Arab Spring akan berlaku di sini hanya disebabkan rokok," katanya.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.