Memaparkan artikel dengan label Politik

Tiada jaminan kerja graduan tamat latihan perguruan

Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM.
Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran

Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam soalannya, Nurul Izzah meminta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.

Walau bagaimanapun, kementerian itu menjelaskan pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013.

Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.
“Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara kementerian dan graduan yang terlibat,” ujar kementerian itu lagi.

| | Read More »

P/Raya Kecil DUN Kuala Besut

P/Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai, Penamaan Calon 12 Julai - SPR

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu ditetapkan pada 24 Julai, pengundian awal 20 Julai manakala tarikh penamaan calon ialah 12 Julai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, berkata daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun 2012 dan DPT suku pertama tahun 2013.

"Sembilan pusat mengundi akan dibuka, satu untuk pusat mengundi awal dan lapan bagi pengundian biasa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di sini Jumaat.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Abdul Aziz berkata daftar pemilih itu mengandungi 17,683 pemilih berdaftar terdiri dari 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata bagi pengundian biasa lapan sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 35 saluran tempat mengundi.

"Bagi pengundian awal, Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran akan digunakan sebagai pusat mengundi. Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik," katanya.
Beliau berkata anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu ialah RM760,000.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
Abdul Aziz berkata bagi maksud permohonan undi pos, permohonan boleh dibuat mulai Jumaat.

Tarikh tutup permohonan untuk warganegara Malaysia di luar negara ialah pada hari penamaan calon manakala bagi petugas pilihan raya dan petugas media ialah dua hari selepas penaman calon, katanya.
Beliau berkata pengundi dalam kawasan pilihan raya itu boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi di laman web SPR www.spr.gov.my atau menerusi SMS dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888, mulai 11 Julai.

Abdul Aziz berkata bagi memastikan pilihan raya kecil berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan-arahan pihak polis termasuk semasa berkempen.

Ditanya mengenai sama ada boleh menggunakan masjid untuk berkempen, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa kerana ia di bawah bidang kuasa negeri.

Satu pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang diketuai seorang pegawai penguatkuasa akan ditubuhkan bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen, katanya.

-- BERNAMA

| | Read More »

Please UNFriend Me

Bismillah. Ya Allah ajarilah aku perkara yang aku masih jahil, dan berilah aku ingat semula perkara yang aku sudah lupa. Amin.
Didoakan apa yang ditulis di bawah ini, adalah di atas pencerahan yang Allah berikan kepada kami, di atas permohonan kepada Allah supaya mengajar kami perkara yang kami masih jahil.
Nota ini adalah hanya untuk dibaca oleh para mentee saya, kepada sahabat saya, sekiranya yang ada terlipat dengan MLM, elakkan membacanya.
Sekiranya teringin untuk membacanya dan selepas membacanya sakit hati, tuan dan cik puan dipersilakan untuk 'unfriend' saya, kerana saya terpaksa di atas ilmu yang Allah berikan.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Begitulah tugas kami dalam isu-isu kewangan. Tuan dan cik puan sentiasa dipersilakan untuk 'unfriend' saya sekiranya tidak setuju saya menulis entri ini. Saya terpaksa kerana ini adalah hal kepentingan masyarakat dan di atas ilmu yang Allah berikan, saya perlu memberitahu apa yang baik dan tidak baik, setakat apa yang saya tahu.
Seperti di dalam Buku Makan Gaji Tetapi Kaya, saya sudah nyatakan kepada tuan dan cik puan yang ingin mengambil buah fikiran saya. Jangan, jangan, jangan melibatkan diri dengan Multi Level Marketing. Sudah banyak yang jatuh dan bungkus dari satu demi satu.
Saya sudah membuat kajian dah sudah lama kajian saya itu, sehingga hari ini, jawapan saya, jangan, jangan, jangan mempengaruhi orang lain supaya membeli dan menjadi agent, beban hidup apabila terpaksa membayar balik kos-kos orang lain yang rugi kerana menyertai MLM di bawah kita. Noktah.
Saya sudah tidak larat, hendak melayan orang rintihan orang yang sudah menyesal kerana sudah terjebat, dan sudah menanggung kerugian dan menanggung hutang, mohon dibaca buku dan entri-entri saya di facebook, supaya kita belajar dari kesilapan yang dibuat oleh orang lain. Saya tidak larat, bukan kerana apa, kerana saya lebih menderita dari tuan dan cik puan sebaik sahaja tuan dan cik puan meluahkannya. Kerana saya tahu bertapa peritnya hidup dibebani dengan bebanan itu.
Lain trainer kewangan, lain pula sudut fikirannya. Pilih trainer kewangan yang dapat memuaskan hidup kita. Mohon maaf, saya terpaksa melafazkan walupun ianya pahit, kerana nyatakan kebenaran walaupun ianya pahit.
Astagfirullah.
Malaysia | Shamsuddin Kadir

| | Read More »

Jasa dan kejayaan Husam Musa

Jasa-jasa dan kejayaan Husam Musa sebagai exco negeri Kelantan

i. Perkenalkan Skim Takaful Kifalah
ii. Perkenakan Dinar Emas
iii. Ambil alih tanah Felcra dan tubuhkan sykt PMBK Sawit Bhd bawah Kerajaan Negeri
iv. Pertumbuhan Bandar Baru Tunjong
v. Wujudkan Anak Sykt Carigali Emas dan Mineral - Az Zahab
vi. Memulakan projek LEBURAYA RAKYAT
vii. Memulakan projek STADIUM BUKIT MERBAU
viii. Mempelopori Tuntutan ROYALTI Kelantan

Majlis kesyukuran dan ceramah yang dirancang tidak sampai 2 hari ini didatangi beribu rakyat. Mereka hadir kerana ingin mendengar sendiri daripada Husam apakah yang sedang terjadi.

Husam didalam ceramah berkali-kali meredakan kemarahan rakyat. Husam tidak berceramah menggunakan emosi. Tiap tuturnya jelas ingin menenangkan rakyat. Beliau juga sempat meminta tv3 hentikan siaran dan dengan jelas memberitahu bahawa tv3 ini tidak boleh dipercayai.

Husam memulakan ceramah dengan penuh sayu. Rakyat yang hadir bagai bahtera dilanda badai. Walau sebelum ini kuat bergelora tetapi Husam berjaya meredakan gelora itu.

Aku lihat ramai hadirin menangis apabila Husam memberitahu betapa gembiranya beliau dapat turun bersama Tok Guru. Beliau naik bersama Tok Guru dan turun bersama Tok Guru. Rakyat terlalu sedih kerana orang sebijak Husam kenapa dipersiakan. Rakyat juga terharu melihat kekuatan Husam yang langsung tidak menampakkan beliau kecewa. Cuma beliau bimbang akan negeri ini. Rakyat terlalu sedih apabila susuk tubuh yang begitu kuat berkerja untuk rakyat Kelantan diperlaku sedemikian rupa.

Husam kecewa bukan kerana tidak lantik exco, hati beliau terguris kerana kenapa sebab-sebab beliau tidak lantik exco dijaja dan dihebohkan seluruh dunia. Kenapa tidak disimpan sahaja demi persahabatan dan usrah. Tambah Husam lagi, tidak perlu diceritakan sebabnya kerana beliau sudah tahu sebabnya yang tidak perlu didedahakn kepada sesiapa demi menjaga keharmonian parti. Benar atau tidak nombor 2, tetapi kenapa perlu diheboh seluruh dunia yang menjadi persoalan?

"Sokonglah saya, selagi saya berada diatas jalan ALLAH, jalan kebenaran. Tumbangkan saya jika saya telah menyelewang daripada jalan ALLAH" Husam memetik kata-kata Umar r.a kepada rakyatnya.

"Kalau kerajaan ini adalah kerajaan duniawi, yang nak mengaut kekayaan balak, lombong dan lain-lain, nauzubillah. Ampunkan saya, jika saya berdiri dalam dewan untuk membetulkan kerajaan. Saya masuk ke dalam kerajaan ini bukan saya main-main, saya masuk ke dalam perjuang ini untuk melihat apa yang kita usrahkan islam yang syumul yang menjaga khazanah negeri dan negera berbeza daripada cara UMNO mentadbir. Meningkatkan hasil mahsul dan membela nasib rakyat" Diantara ucapan Husam dihadapan beribu rakyat hadir.

Pada awalnya Husam tidak mahu menjawab persoalan ini namun kerana perkara ini sudah "meletup" dan ramai anak muda mahukan jawapan. Maka beliau terpaksa menjawab persoalan ini namun dengan penuh berhemah dan sentiasa menenangkan peminat dan penyokong beliau.

Jika boleh, untuk menyelesaikan perkara ini, Husam harus diangkat menjadi TMB selari dengan jawatannya dalam parti dan Datuk Nik Amar dikekalkan TMB. Ini kerana, ini kerajaan baru, maka Husam diperlukan untuk membantu MB baru dan mempunyai 2 TMB memang pernah berlaku pada awal pemerintahan Tok Guru.

Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak rosak. Mungkin pribahasa yang sesuai digunakan dalam isu ini. Wallau a'lam. - sumber - FanPakatanrakyat diFB

HUSAM MUSA TETAP HERO

| | Read More »

Pilihanraya Kecil Pertama

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini. Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari. Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan. Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN). Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.