Roket Sudah Sampai Ke Bulan,

at Selasa, 23 April 2013 [ 10:37 PTG ]

Betul juga dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka yang mengundi UMNO/BN adalah haram dan tidak mendapat pahala kerana parti melakukan pengkhianat serta menghalalkan perkara ‘haram’ asalkan hasratnya berjaya.

Dulu PAS diharamkan menggunakan lambang bulan bintang kerana merasakan peluangnya terjejas dan kini DAP pula menjadi mangsa perbuatan jahat UMNO/BN pada saat akhir menjelang hari penamaan calon dan hari pengundi 5 Mei ini.

Jadi amatlah wajar rakyat sedar dengan penipuan dan taktik jahat UMNO/BN itu dan tindakan itu boleh menyebabkan kebencian rakyat berlipat kali ganda sekaligus membuatkan BN bakal mengalami kekalahan lebih teruk pada PRU-13 nanti.

BN memang sudah tahu akan mengalami kekalahan teruk pada PRU-13 sebab itu mereka sanggup melakukan pelbagai taktik kotor, termasuk menggunakan samseng untuk mengacau, menjatuhkan lambang dan bendera parti Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga sedih dan kecewa hingga menangis dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menjadi alat BN yang tidak mengiktiraf kepemimpinan baru Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Tindakan itu sekaligus menandakan DAP tidak lagi boleh menggunakan lambang roket untuk bertanding pada PRU-13 ini kerana ini bermakna ROS tidak mengiktiraf Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP.

Apabila Guan Eng tidak diiktiraf bermakna tandatangannya untuk pelbagai surat menyurat tidak akan diiktiraf oleh ROS sekaligus tidak boleh menandatangani apa jua watikah, termasuk untuk calon bertanding pada PRU-13 ini.

Kit Siang juga merasakan peluangnya untuk menang menentang Menteri Besar Johor sementara, Datuk Seri Abdul Ghani Othman di Gelang Patah akan turut terjejas.

ROS yang diperalatkan BN tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian terhadap DAP yang sudah 47 tahun berjuang menghadapi detik sukar dalam politik negara tiba-tiba diperlakukan sedemikian oleh BN

Tindakan ROS dan BN itu mendapat kecaman semua rakyat negara ini dan sewajarnya BN diajar dengan kekalahan terusk pada PRU-13 nanti.

DAP juga melalui pelbagai kesukaran dalam menegakkan sebuah negara yang bersatu pelbagai kaum, adil dan demokratik yang diperjuangkan pemimpinnya termasuk Dr Chen Man Hin, Ahmad Nor, P Patto, Ibrahim Singgeh, Fadzlan Yahya, Peter Dason, Lau Dak Kee, Lim Cho Hock, V David, Karpal Singh, Datuk Chian Heng Kai, Chan Kok Kit, Dr Tan Seng Giaw, Lim Guan Eng, Tan Kok Wai dan Teresa Kok, walaupun mereka ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipenjara hingga hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, hak mengundi dan bertanding pada pilihan raya untuk tempoh yang lama,” katanya dalam kenyataan media di Pusat Operasi Pakatan Rakyat Gelang Patah, hari ini.

Bukan saja DAP, PAS dan PKR juga menghadapi perkara yang sama termasuk difitnah dengan pelbagai perkara seperti video seks dan sebagainya.

Tindakan ROS yang mengikut arahan pemimpin atasan di Putrajaya, dianggap paling pengecut, tidak demokratik dan hina walaupun BN sudah memerintah negara selama 56 tahun.

Kit Siang yang juga penyandang Parlimen Ipoh Timur berkata, tindakan ROS menjejaskan peluang 53 calon DAP yang bertanding kerusi Parlimen dan 103 bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13 ini.

Kit Siang bagaimanapun mengucapkan terima kepada pemimpin PKR dan PAS, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausa Agung PAS, Datuk Mustapha Ali dan Setiausa Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution kerana menyokong dan membantu DAP dalam menghadapi krisis dengan ROS itu.

“Pemimpin Pakatan Rakyat berusaha untuk mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah pakatan politik mengikut Akta Pertubuhan, lebih tiga tahun lalu, tetapi enggan mendaftarkan PR supaya semua calon PR tidak boleh menggunakan simbol yang sama.

“Saya bersetuju dengan Anwar bahawa tindakan ROS itu adalah sebahagian daripada “helah kotor” yang disusun UMNO/BN untuk menipu pada PRU-13 dengan menghalang DAP menggunakan logo Roket,” tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin, calon, ahli dan penyokong DAP tidak akan lemah semangat sebaliknya meneruskan perjuangan untuk melakukan perubahan di peringkat Persekutuan pada PRU-13, walaupun terpaksa melepaskan sementara logo Roket dan menggunakan logo PKR dan PAS.

Simbol Roket sudah berdiri teguh dalam politik Malaysia sejak 47 tahun lalu untuk integriti, kejujuran, keadilan, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik dan patriotik Malaysia.

Tindakan BN itu kerana terlalu takut DAP yang bertekad mahu menawan Johor, Sabah dan Sarawak yang menjadi deposit tetap BN.

“Berikutan itu, peluang saya memenangi Gelang Patah terjejas walaupun kedudukannya 50-50 sebelum pengumuman Abdul Ghani bertanding, menjadikan kedudukan 45-55 selepas itu dan kini antara 40-60 peratus dengan pengharaman simbol roket pada PRU-13.

“Persoalannya sekarang bolehkah saya mengejar untuk mencapai kedudukan lebih 50% dalam pertandingan dengan Ghani. Bagaimanapun apa [un keputusan hanya akan dapat diketahui pada 5 Mei ini,” katanya.-Roketkini.com

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.