BMW i3

at Isnin, 22 April 2013 [ 9:18 PTG ]

Kereta elektrik BMW yang ditunggu-tunggu selama ini, BMW i3,  akan memasuki pasaran pada bulan Julai ini. Kereta elektrik kompak yang dahulunya dikenali sebagai Megacity Concept ini akan dijual pada harga GBP35,000 (RM162,000++). Harga itu lebih murah daripada Volkswagen Golf TSI di Malaysia.

BMW i3

Kereta Elektrik BMW i3 Akan Mula Dijual Julai Ini

Walaupun kereta elektrik ini beharga lebih murah daripada Volkswagen Golf TSI, ia masih lagi beharga lebih mahal berbanding harga kereta elektrik yang lain. Sebagai contoh, Nissan Leaf boleh didapati pada harga GBP25,000 (RM115,000++) dan Renault Zoe yang beharga GBP 15,000 tidak termasuk bateri. Harga kereta ini telah diperolehi hasil usaha majalah kereta popular Autocar edisi UK dan selari dengan jangkaan awal kereta elektrik premium ini.

Buatan Karbon

Tidak dapat dinafikan, kereta ini adalah sebuah kereta yang sangat maju dari segi teknologi. Ia menggabungkan kompartmen penumpang yang diperbuat daripada carbon fibre-reinforced plastic (CFRP) , yang dinamakan Life Module, dengan casis aluminium yang menempatkan bateri, motor dan suspensi.

2

Menurut BMW, cara pembinaan ini bukan sahaja meringankan berat kereta ini, malah merendahkan pusat graviti bagi pemanduan lebih baik dan selamat. BMW mendakwa BMW i3 merupakan kereta produksi pertama yang menggunakan bahan CFRP yang signifikan dalam pembinaannya.

Sebagai perbandingan model Nissan Leaf dan Renault Zoe dibina berasaskan kereta hatchback menyebabkan ia menjadi berat, walaupun telah diubahsuai.

Walaubagaimanapun, BMW belum lagi mendedahkan butiran lengkap mengenai BMW i3 ini, namun angka-angka yang didedahkan untuk BMW i3 Concept mungkin memberi sedikit panduan tentang apa yang boleh dijangkakan pada model produksinya.

3

BMW i3 Concept dilengkapi motor 170bhp dan boleh memecut sehingga kelajuan 100km/j dalam masa 8 saat iaitu satu prestasi yang mengalahkan Nissan Leaf dan Renault Zoe. Ia juga didatangkan dengan pacuan roda belakang yang juga tidak ditawarkan oleh pesaingnya.

Ketahanan Bateri

Apakah pula ketahanan baterinya dan jarak pemanduan maksima? Tidak diketahui, namun mengikut data BMW i3 Concept dua pintu, ia boleh dipandu sehingga jarak 124 batu dan pakej dengan range extender yang terdiri daripada enjin petrol kecil dijangka akan juga dikeluarkan serta menambahkan lagi 80 batu kepada jarak pemanduan.

BMW i3 akan memperlihatkan bahagian dalam yang mewah dengan gabungan bahan sintetik dan semulajadi serta menggunapakai peralatan berteknologi tinggi seperti integrasi telefon pintar mudah dan kawalan jarak jauh menggunakan aplikasi kawalan ConnectedDrive.

Namun persoalannya, adakah semua teknologi itu dapat menawan hati pembeli dan mempengaruhi mereka untuk mengeluarkan wang sebanyak RM160,000++ untuk membeli kereta ini? Kita akan ketahui jawapannya apabila ia mula dijual pada bulan julai nanti.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.