Agenda Wanita Malaysia - Siri 2

at Selasa, 23 April 2013 [ 10:55 PTG ]

Dalam usaha mengangkat martabat wanita Malaysia, Pakatan Rakyat telah merangka Agenda Wanita Malaysia untuk menambah daya kekuatan kepada usaha tersebut. Wartawan Roketkini telah menemubual dengan pemimpin-pemimpin wanita parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengungkap apa sebenarnya intipati agenda tersebut. Tokoh kedua yang ditemubual adalah Sdri. Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.

Kenapa dan mengapa Agenda Wanita Malaysia (AWM) diwujudkan?

Pertama sekali, golongan wanita di Malaysia ada sekitar 50 peratus. Jadi kita perlu memikirkan perkara yang khusus terhadap wanita seperti pembelaan terhadap wanita jika tidak, manifesto atau polisi yang dibuat itu akan meminggirkan golongan wanita sendiri.

Keduanya, ada isu-isu wanita yang tidak mendapat pembelaaan wajar daripada kerajaan BN. Disebabkan itu kita rasakan pembelaan terhadap wanita tidak seperti yang mereka katakan.

Yang terakhir adalah pembaharuan dalam cara berfikir dan juga cara melihat kepada peranan wanita itu sendiri. Kita perlu mengiktiraf wanita dan pada masa yang sama perlu memberi sokongan untuk membantu bagi mencapai matlamat mereka.

Apakah antara peringkat dalam pelaksanaan dasar AWM

Kita telah bahagikan dalam beberapa peringkat iaitu, bentuk dasar (polisi), bentuk pelaksanaan (menambah baik untuk perkara-perkara yang perlu) dan janji manifesto.

Jadi ada perkara yang mengambil masa dan perkara yang perlu kita reformasikan dan ada dasar-dasar baru yang kita ingin perkenalkan juga apa tawaran kita kepada wanita Malaysia jika kita menang ke Putrajaya.

Bagaimanakah perlaksanaan boleh dilakukan di peringkat pimpinan sendiri dan bagaimana pula perlaksanannya secara menyeluruh (holistik)

Penggubalan dasar, undang-undang adalah di peringkat tertinggi seperti peringkat pimpinan. Tetapi ada sesetengah perkara yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan dan ia bergantung kepada aktiviti masyarakat dan NGO.

Agenda kita ini memberi peranan yang besar kepada NGO dan kita berjanji akan memberi sokongan yang sewajarnya kepada mereka serta menyediakan prasarananya. Kerana kita tahu mereka ini mempunyai peranan tertentu dalam masyarakat.

Selepas pelancaran AWM, bagaimana Dr. melihat reaksi daripada golongan lelaki

Saya lihat mereka menerima baik dan menerima secara positif. Malah bila kita bercakap mengenai caruman wanita Malaysia mereka memberikan sambutan yang agak menggalakkan kerana ini masih belum sampai ke peringkat ‘grassroot’, tetapi semasa kita memberikan penerangan kepada petugas-petugas maka mereka bertanya kenapa kita hanya memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan rendah kenapa kita tidak luaskan kepada semua wanita.

Kita ada dua bahagian AWM-caruman Wanita Malaysia iaitu;
1.       Caruman dari pihak kerajaan
2.       Sumbangan suami

Jadi yang mahu kita fokuskan kepada isteri atau keluarga yang berpendapatan kecil. Untuk peringkat awal kita galakkan suami untuk mencarum sekurang-kurang RM10 minima mengikut kemampuan dan kalau boleh kita mengukur kemampuan mereka memikir masa hadapan, kasih sayang mereka, pujuk rayu. Kerana skim yang kita buat untuk wanita ini istimewa kerana kita mahu cantumkan faedah yang didapati daripada skim PERKESO dan skim KWSP. Mereka ini adalah wanita yang tidak bekerja, skim PERKESO menjaga kebajikan mereka sekiranya mereka ditimpa musibah. Dan Skim KWSP pula adalah simpanan hari tua. Jadi nanti untuk kita cantumkan ini, kita perlukan dana yang besar, dan nanti sekiranya mereka memerlukan dana ini mereka tidak perlu mencari.

Sebagai contoh sekiranya wanita ini suri rumah dan dimasukkan ke hospital dan sebagainya sekurang-kurangnya, pembiayaan itu datang daripada skim ini, kerana mereka mungkin ramai yang tidak ada insurans atau tidak ada simpanan. Kalau perlu ambil insurans tambahan itu kumpulan lain.

Memang sekarang ini ada perubatan percuma tetapi kita perlu ingat ada komponen-komponen perubatan yang masih memerlukan bayaran. Sebagai contoh lain, sekiranya wanita itu kematian suami ataupun bercerai hidup, meraka ada tabungan dan ada tempat bersandar sebelum mereka dapat berdiri sendiri tegak balik. Dan jika tidak ada masalah apabila mereka berumur 55 tahun mereka sudah punya simpanan sendiri. Bayangkan kalau kita perkenalkan perkara ini lebih awal, mereka mula berkhawin di usia 18 tahun dan pendapatan suami itu RM1500 kebawah

Jadi maksudnya disini lebih AWM memberi fokus kepada wanita Malaysia yang tidak bekerja

Buat masa sekarang ini ya. Kalau diikutkan, Wanita Pakatan Rakyat memberi pengiktirafan kepada semua suri rumah dan wanita yang bekerja disamping menjalankan tanggungjawab. Akan tetapi, mereka tidak sama dari wanita yang tidak bekerja, kerana kita mahu memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada mereka.

Ini adalah produktiviti yang tidak diukur kerajaan, iaitu sebanyak mana kerja yang mereka lakukan seperti menjaga anak dan rumah tangga kerana suami tidak produktif jika tidak mendapat sokongan isteri dirumah.

Harta sepencarian?

Kita iktiraf harta sepencarian dalam sumbangan mereka kepada negara atau dalam tenaga modal insan. Mungkin sebelum ini pengiktirafan tapi hanya segelintir dan kepada mereka yang tertentu sahaja, tapi perlu jadi ‘superwomen’ juga. Pengiktirafan kepada ibu tunggal tetapi anak yang ramai kena pula anak mereka berjaya masuk ke universiti sedangkan wanita adalah penyumbang dalam pembangunan negara.

Saya percaya jika kita tidak sampai ke Putrajaya, pasti idea-idea ini akan diciplak oleh BN, dan jika ia tidak dilaksanakan ia hanya akan tinggal di atas kertas sahaja.-roketkini.com

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.