Agenda Wanita Malaysia - Siri 1

at Selasa, 23 April 2013 [ 10:54 PTG ]

Dalam usaha mengangkat martabat wanita Malaysia, Pakatan Rakyat telah merangka Agenda Wanita Malaysia untuk menambah daya kekuatan kepada usaha tersebut. Wartawan Roketkini telah menemubual dengan pemimpin-pemimpin wanita parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengungkap apa sebenarnya intipati agenda tersebut. Tokoh pertama yang ditemubual adalah Sdri. Chong Eng, Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Boleh saudari ceritakan serba sedikit apa itu Agenda Wanita Malaysia (AWM)

AWM lebih menumpukan isu-isu yang melibat kaum wanita kerana wanita dan lelaki dicipta tidak sama walaupun sama-sama manusia, tetapi secara biologinya tidak sama. Bila mereka sudah berkahwin tanggungjawab juga tidak sama; di rumah begitu juga dalam bidang pekerjaan.

Jadi wanita berdepan dengan cabaran yang ekslusif. Lelaki tidak akan berhadapan dengan masalah seperti ini. Kami dalam Wanita Pakatan Rakyat merasakan adalah perlu kita membuat satu Agenda Wanita Malaysia supaya mewakili untuk menyuarakan keperluan wanita dan cabaran yang wanita terpaksa hadapi. Bagaimana jika PR menjadi kerajaan kita boleh membantu wanita untuk berdepan dengan cabaran ini.

Kami berpendapat wanita perlu diperkasakan kedudukan mereka kami percaya jika itu berlaku, keluarga dan masyarakat juga akan diperkasakan dan negara akan sejahtera.

Dalam tuju tumpu wanita yang ada didalam AWM mengenai Pemberdayaan dan Pengkuatkuasaan undang-undang, bagaimana saudari melihat hal ini dapat mengurangkan jenayah ganguan seksual terhadap wanita yang semakin meningkat.

Salah satu sebab, ganguan seksual atau keganasan seksual terhadap wanita ini adalah kerana tidak ada kesaksamaan dan tiada kehormatan kepada kedudukan wanita. Jadi pemberdayaan ini adalah supaya wanita juga mempunyai daya kekuatan sendiri dan boleh berdikari untuk mencari pendapatan sendiri, wanita mampu berfikir dan menjaga diri sendiri.

Jadi saya rasa kaum lelaki akan lebih hormat kepada mereka. Kedudukan atau perhubungan antara lelaki dan wanita itu lebih ada kesaksamaan dan sekiranya ini berlaku kes keganasan terhadap wanita ini akan berkurangan.

Apa pula fungsi Pusat Wanita Berdaya (PWB)?

Ketika ini ramai wanita yang mempunyai krisis, sebagai contoh jika mereka adalah suri rumah dan kematian suami; mereka amat memerlukan bantuan atau jika suami yang mempunyai hubungan dengan wanita lain contohnya mereka tidak akan dapat membela diri mereka sendiri dan tidak dapat menjaga anak mereka. PWB akan memberikan pendidikan hak asasi kepada wanita untuk menangani keadaan ini.

PWB juga akan memberi pengetahuan mengenai undang-undang agar boleh bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi seperti ini.

Adakah AWM menyediakan modul-modul tertentu selain mengadakan ceramah, forum atau diskusi?

AWM masih belum dilaksanakan tetapi kita pasti akan menyediakan kursus dan modul pendidikan. Jika mereka pandai berdikari untuk mencari pendapatan sendiri, kita akan memberikan peluang perniagaan kepada mereka yang pandai memasak atau mengasuh agar dapat  mencari duit sendiri. Saya percaya jika mereka diberi peluang untuk bekerja mengikut kemahiran masing-masing disamping menjaga keluarga dirumah mereka ini sebenarnya lebih mempunyai kekuatan.

Apakah sebenarnya matlamat AWM

Seharusnya sebagai kerajaan yang peka, mereka sepatutnya sensitif kepada jurang yang wujud antara lelaki dan wanita dan kesamaan antara mereka.

Seharusnya kita perlu memikirkan bagaimana untuk mengecilkan jurang ini agar wanita juga boleh menjadi peniaga besar, orang besar dalam syarikat, orang kaya, pemaju yang besar kerana ketika ini semua itu adalah masih dikuasai oelh lelaki. Bukan tidak baik cuma ia tidak seimbang. Ini adalah hasil nilai-nilai yang diasuh dari kecil. Kerana Tuhan sendiri telah mencipta manusia itu berbagai-bagai bentuk, dari segi jantina dan bangsa.

Peranan wanita juga tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan lelaki. Selalunya lelaki dianggap penting peranannya kerana mereka keluar mencari rezeki tetapi wanita yang duduk di rumah juga penting peranannya walaupun tidak dibayar gaji.

Sebagai pengiktirafan kepada wanita kami memperkenalkan skim caruman yang selain meningkatkan kedudukan wanita dalam masyarakat akan turut membuatkan mereka lebih dihormati, kerana mempunyai ekonomi yang terjamin. Saya juga berharap apabila wanita mempunyai kekuatan ekonomi, keganasan rumah tangga terhadap wanita akan dapat dikurangkan.-roketkini.com

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.