LISA SURIHANI for JOVIAN

at Rabu, 29 Mei 2013 [ 9:56 PTG ]

Tahun 2013 ini menyaksikan Jovian Mandagie pereka fesyen terkemuka Malaysia mengorak langkah besar dengan pelancaran Jovian Flagship Store buat julung kali di tanah air. Butik yang dinamakan sebagai J STORE berkonsepkan Luxury of Jovian Mandagie masih mengekalkan keselesaan sama seperti yang sebelumnya, couture Jovian Mandagie. J STORE menyediakan koleksi sedia untuk dipakai dengan harga yang mampu milik.

Bagi pencinta rekaan pakaian Jovian, boleh mendapatkan rekaan pakaian yang terbaru di J STORE. Yang terbaru, Jovianista boleh mendapatkan koleksi baju lelaki, J Hommie juga di J STORE. Sehubungan dengan pelancaran J STORE, Jovian turut memperkenalkan koleksi terbaru yang kolaborasi beliau bersama pelakon jelita Lisa Surihani sempena lebaran, LISA SURIHANI for JOVIAN — mempamerkan 20 rekaan yang diilhamkan Jovian bersama Lisa.

LISA SURIHANI for JOVIAN mempamerkan hasil rekaan baju kurung moden, baju kurung kedah dan jubah moden yang berinspirasikan daripada karektor Lisa Surihani. Koleksi lebaran kali ini semestinya tidak sama dengan koleksi rekaan tahun-tahun sudah.

Pemilihan Lisa Surihani dalam kolaborasi bersama Jovian nyata memeranjatkan Lisa yang mengaku sendiri dirinya bukanlah seorang fashionista. Jelasnya lagi, dia sangat bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dari Jovian. Dari tidak tahu apa-apa mengenai dunia rekaan fesyen, kini dia tahu serba sedikit.

Tambah Lisa lagi, dia sangat gembira kerana suaminya sendiri, Yusry yang sememangnya penggemar Armani, kini sudah beralih kepada rekaan Jovian Mandagie. Jelas Lisa, pertama kali singgah ke butik Jovian, Lisa memborong 15 pasang baju sekaligus. Lisa nyata sangat selesa dengan rekaan Jovian dan merasakan dirinya sangat bertuah kerana dipilih oleh Jovian dalam ramai-ramai artis lain untuk bekerjasama.


Jelas Jovian, personaliti dan peribadi Lisa yang sangat bersih menarik minatnya memilih Lisa. Namun tidak mustahil dimasa akan dating Jovian akan memilih personaliti lain untuk kolaborasi rekaannya.

Sementara itu, pemberian nama bagi 20 rekaan dinamakan sendiri oleh Lisa mengikut citarasanya. Jelas Lisa, setiap nama yang diberi mempunyai sentimen tersendiri. Rekaan tersebut kesemuanya dinamakan besempena dengan orang sekeliling yang rapat dengan Lisa termasuk dari nama nenek, ibu sehinggalah kepada rakan baiknya.

Bermain dengan warna-warna lembut dan warna nuansa menggambarkan sifat Lisa Surihani yang agresif dan berdikari. Malah corak-corak klasik pastinya memberi nafas baru kepada pakaian.

LISA SURIHANI for JOVIAN menggunakan material high quality poly blend, crepe, satin chiffon dan fancy fabric. Perincian terbaru yang digunakan termasuklah bunga applique velvet, manakala sulaman halus bermotifkan flora masih lagi mengekalkan trademark Jovian Ready To Wear.



















Kredit: Rotikaya.com

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.