Hanez Suraya mahu kurangkan imej seksi

at Isnin, 20 Mei 2013 [ 1:17 PG ]

JIKA jodohnya bersama Awi Rafael panjang, Hanez yang kini berusia 28 tahun mahu berkahwin sebelum mencecah umur 30 tahun.

KETIKA ini karier pelakon Hanez Suraya dilihat semakin berkembang apabila wajahnya sentiasa menghiasi kaca televisyen menerusi drama dan telemovie lakonannya. Bagaimanapun, kekasih kepada penyanyi Awi Rafael itu ternyata tidak sunyi daripada berhadapan dengan pelbagai kontroversi yang sedikit mencalar imejnya sebagai pelakon. Terkini, pelakon tersebut telah mendapat kritikan segelintir pihak ekoran pakaiannye ketika bercuti di Pulau Redang Terengganu bersama pihak media dan peminat baru-baru ini.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut, Kosmo! telah menghubungi Hanez untuk mengetahui cerita sebenar.

KOSMO!: Benarkah dakwaan yang mengatakan Hanez tampil seksi semasa bercuti di Pulau Redang?

HANEZ: Sejujurnya saya sendiri sangat terkejut dan hairan apabila dikatakan berpakaian seksi sepanjang percutian tersebut. Takkan dengan memakai t-shirt dan berseluar legging ada yang menganggap saya seksi pula. Lagipun dalam percutian tersebut saya pergi dengan peminat dan beberapa orang rakan wartawan. Jadi, sudah tentu saya perlu berhati-hati menjaga penampilan saya.

Apakah komen anda apabila tidak sudah-sudah dihimpit dengan pelbagai kontroversi?

Kepada saya, kontroversi itu ada kalanya boleh memberikan publisiti kepada seseorang artis, tetapi bukanlah kontroversi yang terlalu negatif sehingga memberi kesan buruk terhadap kerjaya. Sebenarnya saya sendiri seboleh-bolehnya tidak mahu lagi terus dikaitkan dengan kontroversi. Dahulu saya memang selalu tampil seksi, tetapi kini saya sedang berusaha mengurangkan imej seksi dan lebih berhati-hati apabila berpakaian.

Bagaimanakah pandangan anda terhadap kerjaya setelah 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan?

Saya bersyukur kerana semakin banyak tawaran berlakon yang diterima dan ramai pihak yang semakin yakin dengan bakat dan mutu lakonan saya, cuma saya berharap supaya diberi peluang mencuba pelbagai watak supaya tidak dilihat sebagai stereotaip.

INILAH pakaian yang dipakai Hanez yang didakwa sebagai seksi sewaktu bercuti ke Pulau Redang baru-baru ini.

Pada usia yang sudah mencecah 28 tahun, adakah anda teringin untuk mendirikan rumah tangga?

Perancangan untuk berkahwin itu memang ada, namun ia tidak dibincangkan secara serius dengan Awi. Buat masa ini kami berdua memang agak sibuk dan masing-masing mahu mengumpul duit dahulu sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Hubungan saya dan Awi pula masih lagi berjalan seperti biasa dan hubungan keluarga kami juga sangat rapat. Namun begitu, saya harap dapat mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.

Apakah aktiviti terbaharu anda sekarang?

Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama komedi 13 episod iaitu Kerana Putera Idaman untuk saluran TVi 180. Selain itu, saya juga agak sibuk mempromosikan produk kecantikan Aura White yang baru sahaja dilancarkan. Sebagai duta saya turut terlibat dalam penggambaran iklan komersial untuk produk berkenaan dan akan terlibat dalam rangka promosi siri jelajah di seluruh negara.

Adakah anda pernah dilantik untuk menjadi duta kepada produk yang lain?

Setakat ini saya cuma menjalinkan kerjasama sebagai duta kepada produk Aura White. Ini merupakan kali pertama saya dilantik sebagai duta produk dan berterima kasih kepada pihak Aura White yang telah memberikan kepercayaan kepada saya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.