Ini Khalid lah!!

at Selasa, 14 Mei 2013 [ 10:56 PTG ]

KUALA LUMPUR: Hari ini (14 Mei 2013) merupakan hari bertuah bagi tiga rakyat Malaysia yang berkongsi nama 'Khalid'.

1. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Abdul Khalid mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, pagi ini.

2. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor.

Mohamed Khaled pula mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Baharu, juga pagi Selasa.

Mohamed Khaled mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Abdul Ghani Othman yang menerajui kerajaan negeri Johor selama 18 tahun sejak 1995.

3. Individu bernama Khalid yang ketiga iaitu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa Jumaat ini.

Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara selepas tamat kontrak, Khamis ini.

Antara jawatan lain yang pernah disandang Khalid sebelum ini adalah Ketua Polis Negeri Sembilan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ketua Polis Selangor. - BERNAMA

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.