Damainya desiran ombak

at Khamis, 16 Mei 2013 [ 12:22 PG ]

‘Suria Resorts & Hotels, Malaysia and International’ dimiliki 100 peratus Bumiputera yang beroperasi sejak tahun 2000.

Ketua Pegawai Operasi Suria, Nor Dalina Khalil berkata, syarikat itu sedang membangunkan sebuah resort dan spa empat bintang di Bentong, Pahang yang akan dinamakan Suria Hot Spring Resort dan beroperasi awal tahun 2014.

Pada masa ini, Suria Resorts & Hotels mempunyai tiga resort, dua hotel dan satu ‘Holiday Camp’ di Cherating Pahang, Terengganu, Janda Baik Pahang, Johor Bahru dan London. Jika mahu merasai destinasi pelancongan pantai menarik di pantai timur, kunjungilah Suria Cherating Beach Resort.

Foto

Suria Hill Country House, Janda Baik menyediakan pelbagai aktiviti untuk tetamu.

Resort bertaraf tiga bintang ini mempunyai 114 bilik dan fasiliti lengkap berhadapan pantai Cherating. Ia terletak 45 kilometer (km) dari utara Kuantan, Pahang dan me­ngambil masa tiga jam memandu dari Kuala Lumpur.

Di sini, anda berpeluang menyaksikan habitat penyu, menyertai aktiviti menyelusuri Sungai Cherating, Kampung Budaya, perkampungan nelayan di Kuala Kemaman, merentasi hutan , snorkeling di Pulau Ular dan melihat kelip-kelip di Sungai Cherating pada waktu malam.

Jika mahu menikmati suasana perkampungan sambil menyaksikan panorama flora dan fauna, Suria Hill Country House Janda Baik adalah tempat paling sesuai dikunjungi. Resort bertaraf empat bintang ini terletak di kawasan perkampungan Melayu dengan bukit-bukau yang indah.

Suria Hilll Country House menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti jungle trekking, flying fox, waterfall abseiling dan rock climbing di Air Terjun Latto Charok. Ia hanya terletak 45 km dari utara Kuala Lumpur atau sejam perjalanan melalui Lebuhraya Gombak-Karak.

Resort ini sesuai untuk percutian istirahat, mesyuarat dan kursus dalam suasana yang tenang dan santai. Di Merang Suria Resort, Terengganu pula adalah tempat bagi mereka yang cintakan alam semula jadi, suasana damai dan panorama laut dan pasir pantai.

Ia adalah resort tiga bintang dengan 70 bilik serta mempunyai kemudahan lengkap di kawasan seluas 9.5 hekatar di Kampung Rhu Tapai. Ia mengambil masa 30 minit dari bandar Kuala Terengganu. Di sini juga terletak Merang Suria Holiday Camp yang mempunyai kemudahan dorm, tapak khemah, bilik seminar, kembara berhalang, kemudahan berakit dan berkayak.

Antara destinasi percutian lain yang menjadi tumpuan pengunjung ialah Suria City Hotel Johor Bahru.

Hotel bertaraf tiga bintang ini mempunyai 160 bilik dan terletak di tengah banda raya Johor Bahru dan hanya beberapa minit dari Tambak Johor Bahru-Singapura. Selain kemudahan mesyuarat, hotel ini turut menyediakan pakej khas Universal Studios, Johor Premium Outlets, Legoland Pakej, Hello Kitty Town dan Little Big Club.

‘Suria Resorts & Hotels Malaysia and International’ turut memiliki sebuah hotel di luar negara yang berkonsepkan halal iaitu Royal Cambridge Hotel, London.

Hotel ini terletak di lokasi amat strategik di Paddington, Hyde Park. Lokasinya berdekatan Hyde Park, Mable Arch, Oxford Street, Bayswater, London Eye, Buckingham Palace, Trafalgar Square dan Madame Tussauds.

Suria Resorts and Hotels juga menawarkan pelbagai pakej menarik, antaranya pakej 3H2M Holiday Fun In The Sun, 3H2M Pakej Hari Keluarga, Pakej Mesyuarat Korporat, Pakej Seminar Korporat dan Pakej Seminar Kerajaan.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.