Fesyen Baju Raya 2013

at Jumaat, 7 Jun 2013 [ 1:25 PG ]

Setiap orang mahu kelihatan cantik di Hari Raya. Ada yang sanggup membayar ratusan ringgit malahan ribuan ringgit untuk mendapatkan rekaan baju raya yang cantik atau lain dari yang lain. Dan setiap tahun ada saja fesyen baju raya terkini di Malaysia dengan menggunakan pelbagai nama dan elemen rekaan. Kebanyakkan wanita masih gembar mengenakan baju kurung tradisional kerana lebih selesa dan mudah untuk bergerak kesana kemari. Ada juga yang mahu kelihatan anggun dengan baju kebaya. Tetapi sejak kebelakangan ini, fesyen di Aidilfitri semakin moden dengan penggunaan warna kontra serta gaya dress dan tak lupa juga semakin ramai wanita gemar mengenakan busana seperti jubah moden.

Kami ingin kongsikan inspirasi fesyen terkini baju raya di Malaysia.

1. Dress moden 2012

2. Baju kurung pesak kembang/ Baju kurung Riau – Mempunyai 2 pesak satu dibahagian bawah ketiak dan satu lagi yg kembang dibahagian bawah , dan ianya kelihatan seperti tergantung antara satu sama lain , dan ada juga yang memanggil pesak gantung

3. Baju kurung moden

4. Baju kurung Kedah

Moden Pario

Moden Pallazzo

Moden Chiffon

4. Baju kurung Pahang – Hanya mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus kebawah. Pesaknya hanya sedikit mengikut potongan dibahagian pinggang sahaja

Baju ala2 manik tahun lepas pun masih lagi boleh digayakan di raya 2013 ni.. orang suka puji dan pandang pada manik2 yang cantik sulamannya....ada juga bahan tuk bual bicara....

5. Baju kebaya Nyonya

6. Baju kebaya labuh

7. Jubah moden

Berenda arab lagi...walaupun aku tak berapa berkenan...tapi ramai yang suka...layan je la.....

8. Kaftan

Kaftan moden pun cantik nampak ayu, kalau guna kain batik boleh buat tidur aja...ni boleh digayakan masa raya2 lagi....memang terbaik fesyen ni.....

Aku tak berapa suka yang berenda2 ala arab ni...tak nampak kemas...tapi ada juga yang suka...kan...kalau tak...designer tak kaan buat banyak design yang berenda ala arab gitu....

Pakai baju cantik-cantik...dalaman pun mestilah cantik....

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.